SAHABAT :

Khamis, April 29, 2010

LAWAN TETAP LAWAN


Al-Ala' b. al-Hadrami telah dihantar oleh Khalifah Abu Bakar As-Siddiq ke Bahrain untuk menumpaskan golongan murtad selepas kewafatan Rasulullah. Dalam satu peristiwa ketika Al-Ala' meronda-meronda bersama dengan sepasukan kecil tenteranya di Bahrain, mereka bertembung dengan sepasukan tentera golongan murtad yang jauh lebih besar. Pasukan al-Ala' terkepung namun mereka tetap memberikan tentangan yang sengit sehingga tentera golongan murtad gagal menawan mereka... dengan kebijaksanaan Al-Ala', mereka dapat meloloskan diri... pasukan tentera golongan murtad terus mengejar dari belakang.

Akhirnya... pasukan Al-Ala' dikejar hingga ke gigi pantai dan terperangkap di kawasan teluk, satu-satunya jalan untuk menyelamatkan diri dari tentera murtad yang besar itu ialah mereka terpaksa menyeberangi teluk menuju daratan seberang.

Di gigi pantai... Al-Ala' berdoa kepada Allah..." Ya Allah selamatkanlah kami, kamilah satu-satunya manusia yang akan membela agamaMu di bumi(Bahrain) ini..."

Selesai berdoa... Al-Ala' memacu kudanya merentas telukan ke tanah seberang, diikuti oleh pasukan tenteranya dari belakang yang kebingungan dengan tindakan ketua mereka.

Sesuatu yang menakjubkan... laut itu seolah-olah menjadi daratan buat kuda mereka berlari hingga ke seberang... mereka semua tiba dengan selamat meninggalkan tentera golongan murtad di gigi pantai seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berlaku.

Siapa Al-Ala' al-Hadrami?... beliau adalah sahabat Rasulullah dipercayai wali Allah yang diberi karamah dengan perkara luar biasa berlaku ke atas dirinya... setelah sebulan berperang dengan golongan murtad Bahrain, Al-Ala' berjaya menghapuskan golongan tersebut dengan terbunuhnya ketua mereka al-Hutam b. Dubai'ah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan