SAHABAT :

Khamis, April 22, 2010

JANGANLAH ENGKAU MARAH

Daripada Abu Hurairah , beliau berkata bahawa ada seorang lelaki datang berjumpa Nabi dan berkata : "berilah wasiat kepadaku". Sahut Rasulullah : "janganlah engkau marah". Kemudian lelaki itu mengulangi permintaan itu beberapa kali, baginda tetap menjawab : "janganlah engkau marah".

Menurut Imam Ghazali, orang yang sedang marah mengalami perubahan fizikal yang dapat dilihat secara lahiriah, antaranya ialah :

1. warna kulitnya berubah.

2. kaki dan tangannya menggeletar.

3. perilakunya lain dari kebiasaan.

4. gerak gerinya tidak tentu arah.

5. mukanya merah padam.

Perubahan pada tubuh badan ini menandakan kerosakan pada batinnya terutamanya hati. Hati yang telah berkarat ini akan membiakkan banyak sifat-sifat mazmumah, oleh itu janganlah kita bersifat pemarah. Sekiranya si pemarah dapat melihat bagaimana buruknya perubahan rupa bentuk fizikalnya ketika itu, sudah tentu dia akan berhenti marah serta merta.

Walau bagaimana pun Islam membenarkan kita marah dalam dua keadaan dan tujuan iaitu :

1. Untuk mempamerkan keberanian dan ketegasan kita apabila mempertahankan maruah diri dan agama Islam. Marah ini lebih kepada menunjukkan keberanian umat Islam (syaja'ah).

2. Untuk tujuan mendidik seperti mana seorang bapa memarahi anaknya untuk menegur kesalahan. Marah ini lebih bersifat "hikmah" kerena di sebalik marah itu ada matlamat yang lebih mulia.

Oleh itu, jika marah.... marahlah dengan berhikmah agar marah kita itu terkandung "rahmah" (rahmat dan kebaikan) kepada orang yang kita marah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan