SAHABAT :

Rabu, April 14, 2010

BARISAN PENGHUNI NERAKA


Rasulullah saw bersabda kepada Muaz b. Jabal bermaksud:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan masuk neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan masuk syurga. Adapun 11 golongan yang akan masuk neraka ialah :

1. Mereka yang keluar dari kubur dengan tidak mempunyai kaki dan tangan. Mereka ini suka menyakiti hati jiran tetangga.

2. Mereka yang menyerupai babi. Mereka ini suka melengahkan solat 5 waktu.

3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi ular dan kala. Mereka ini orang yang enggan membayar zakat.

4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan orang yang suka berdusta.

5. Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Mereka ini golongan yang mengaut keuntungan dalam perniagaan dengan cara penipuan.

6. Mereka yang dicincang pada tengkok bahu. Mereka ini suka menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7. Mereka yang tidak berlidah, keluar darah dan nanah dari mulut. Mereka ini tidak mahu menyaksikan dan menerima kebenaran.

8. Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik, kepala di bawah dan kakinya di atas. Mereka ini orang yang berzina dan mati sebelum bertaubat.

9. Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Mereka ini memakan harta anak yatim.

10. Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit-penyakit lain yang menjijikkan. Inilah balasan orang berani melawan ibubapanya.

11. Mereka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga perut, dari perut dan pahanya keluar kotoran. Inilah balasan orang yang meminum arak.

Manakala 1 golongan yang akan terselamat dan masuk syurga ialah :

"mereka yang wajahnya seperti bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat 5 waktu dan mati dalam keadaan bertaubat".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan