SAHABAT :

Khamis, April 29, 2010

LAWAN TETAP LAWAN


Al-Ala' b. al-Hadrami telah dihantar oleh Khalifah Abu Bakar As-Siddiq ke Bahrain untuk menumpaskan golongan murtad selepas kewafatan Rasulullah. Dalam satu peristiwa ketika Al-Ala' meronda-meronda bersama dengan sepasukan kecil tenteranya di Bahrain, mereka bertembung dengan sepasukan tentera golongan murtad yang jauh lebih besar. Pasukan al-Ala' terkepung namun mereka tetap memberikan tentangan yang sengit sehingga tentera golongan murtad gagal menawan mereka... dengan kebijaksanaan Al-Ala', mereka dapat meloloskan diri... pasukan tentera golongan murtad terus mengejar dari belakang.

Akhirnya... pasukan Al-Ala' dikejar hingga ke gigi pantai dan terperangkap di kawasan teluk, satu-satunya jalan untuk menyelamatkan diri dari tentera murtad yang besar itu ialah mereka terpaksa menyeberangi teluk menuju daratan seberang.

Di gigi pantai... Al-Ala' berdoa kepada Allah..." Ya Allah selamatkanlah kami, kamilah satu-satunya manusia yang akan membela agamaMu di bumi(Bahrain) ini..."

Selesai berdoa... Al-Ala' memacu kudanya merentas telukan ke tanah seberang, diikuti oleh pasukan tenteranya dari belakang yang kebingungan dengan tindakan ketua mereka.

Sesuatu yang menakjubkan... laut itu seolah-olah menjadi daratan buat kuda mereka berlari hingga ke seberang... mereka semua tiba dengan selamat meninggalkan tentera golongan murtad di gigi pantai seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berlaku.

Siapa Al-Ala' al-Hadrami?... beliau adalah sahabat Rasulullah dipercayai wali Allah yang diberi karamah dengan perkara luar biasa berlaku ke atas dirinya... setelah sebulan berperang dengan golongan murtad Bahrain, Al-Ala' berjaya menghapuskan golongan tersebut dengan terbunuhnya ketua mereka al-Hutam b. Dubai'ah.


Isnin, April 26, 2010

HIKMAH DI SEBALIK KEKALAHAN

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Merenung sejarah Perang Salib(1095 -1291M)..
Perang Salib I yang dilancarkan oleh tentera Kristian di bawah pimpinan Godfrey of Buoillon dan beberapa pemimpin tentera Kristian lagi dengan jumlah tentera seramai 25,000 orang menyeberang Selat Bosporus menuju ke Asia Kecil (Turkey) untuk menyerang tentera Islam...
Dalam peperangan ini tentera Islam tewas... beberapa wilayah Islam telah jatuh ke tangan tentera Salib... antaranya Armenia, Antokia, Haleppo... tentera Salib terus mara ke wilayah umat Islam dan tentera Islam gagal memberi tentangan.... pada jun 1099 Godfrey dengan mudah memasuki Baitul Maqdis.... selepas itu hampir seluruh wilayah Syria, Palestin dan kawasan sekitarnya dikuasai tentera Salib.

Merenung kekalahan Perang Salib I... ketika itu umat Islam amnya dan tentera Islam khasnya, leka dengan dunia yang mereka miliki, empayar dan tentera mereka tiada tandingan, mereka leka dan tidak berwaspada, paling malang mungkin turut leka dari mengingati Allah dan menggantung harapan kepada Allah dalam setiap pekerjaan... mereka dikalahkan bukan kerana kekuatan musuh Islam.... tapi kalah kerana maksiat dan perkara keji yang mereka lakukan... lantas tiada pertolongan tuhan... Allah Penguasa Alam.

Perang Salib II.... tentera Islam bangkit menebus kekalahan dan mengalahkan tentera Salib... berjaya menghalau keluar tentera Salib dari wilayah Islam.... mara menghampiri Baitul Maqdis,
tentera yang hebat ini dipimpin oleh 'Imad al-Din Zanki... seorang ahli politik, pentadbir yang wara', bijak, jujur dan suka menolong sesiapa sahaja di dalam kesusahan....beliau dibantu oleh dua orang anak lelaki sebagai panglima perang iaitu Saifuddin dan Nuruddin yang disifatkan oleh ahli sejarah sebagai pemimpin yang sangat patuh kepada ajaran agama.... merekalah pencetus kebangkitan tentera Islam sehingga kehebatan ini diteruskan oleh Salahuddin al-Ayyubi sehingga berjaya membebaskan Baitul Maqdis....

Pengajaran kepada kita.... pejuang-pejuang Islam, pencinta kebenaran.... jangan kecewa dengan kekalahan... anggaplah ia ujian Allah.... Islam pernah tewas di medan Uhud kerana dosa mereka terhadap Rasulullah.... selepas menginsafi dosa melanggar nasihat Rasulullah... tentera Islam tidak menoleh ke belakang lagi.... menang dalam semua peperangan.... Allah tangguhkan kemenangan agar pejuang-pejuang Islam dan pencinta kebenaran mengkoreksi diri dan kelemahan jema'ah serta memperbaiki hubungan dan pergantungan kepada Allah .... akhlak kita pejuang Islam dan pencinta kebenaran mesti berbeza daripada akhlak musuh-musuh Islam...

Wallahu a'lam......

Sabtu, April 24, 2010

KESAN MAKANAN HARAM

Makanan yang haram atau syubahat akan menghalang manusia untuk menggunakan waktu dengan efektif. Akibat daripadanya, timbul fenomena malas untuk beribadat, mengantuk ketika menuntut ilmu dan mengantuk ketika bekerja.

Sheikh Abu Hasan al-Syazili berkata :"tidak ada ubat paling mujarab untuk mengusir mengantuk, selain memakan makanan halal dan menjauhi haram atau syubahat. Sesiapa yang banyak memakan makanan yang haram dan syubahat, maka banyak tidurnya".

Sesiapa yang banyak tidurnya, bererti dia membuang waktunya dengan sia-sia, menyukai kekurangan, meniru orang mati, lalai dari amal kebaikan dan melewatkan keuntungan duniawi serta ukhrawi.

Khamis, April 22, 2010

JANGANLAH ENGKAU MARAH

Daripada Abu Hurairah , beliau berkata bahawa ada seorang lelaki datang berjumpa Nabi dan berkata : "berilah wasiat kepadaku". Sahut Rasulullah : "janganlah engkau marah". Kemudian lelaki itu mengulangi permintaan itu beberapa kali, baginda tetap menjawab : "janganlah engkau marah".

Menurut Imam Ghazali, orang yang sedang marah mengalami perubahan fizikal yang dapat dilihat secara lahiriah, antaranya ialah :

1. warna kulitnya berubah.

2. kaki dan tangannya menggeletar.

3. perilakunya lain dari kebiasaan.

4. gerak gerinya tidak tentu arah.

5. mukanya merah padam.

Perubahan pada tubuh badan ini menandakan kerosakan pada batinnya terutamanya hati. Hati yang telah berkarat ini akan membiakkan banyak sifat-sifat mazmumah, oleh itu janganlah kita bersifat pemarah. Sekiranya si pemarah dapat melihat bagaimana buruknya perubahan rupa bentuk fizikalnya ketika itu, sudah tentu dia akan berhenti marah serta merta.

Walau bagaimana pun Islam membenarkan kita marah dalam dua keadaan dan tujuan iaitu :

1. Untuk mempamerkan keberanian dan ketegasan kita apabila mempertahankan maruah diri dan agama Islam. Marah ini lebih kepada menunjukkan keberanian umat Islam (syaja'ah).

2. Untuk tujuan mendidik seperti mana seorang bapa memarahi anaknya untuk menegur kesalahan. Marah ini lebih bersifat "hikmah" kerena di sebalik marah itu ada matlamat yang lebih mulia.

Oleh itu, jika marah.... marahlah dengan berhikmah agar marah kita itu terkandung "rahmah" (rahmat dan kebaikan) kepada orang yang kita marah.

Rabu, April 21, 2010

10 JENIS MANUSIA DISUKAI SYAITAN


Ada 10 jenis atau golongan manusia yang disukai syaitan, malah mereka adalah rakan karib syaitan, iaitu :

1. Hakim yang menderhakai hukum iaitu hakim yang membenarkan yang salah dan menyalahkan yang benar.

2. Orang kaya yang takabbur, besar diri dan sombong dengan kekayaannya.

3. Peniaga atau pedagang yang penipu, berdusta untuk melariskan jualannya.

4. Para peminum arak dan segala jenis yang memabukkan.

5. Orang yang suka mengumpat, membuka keaiban dan menyebarkan keburukan orang lain.

6. Orang yang memakan harta anak yatim atau memperalatkan anak yatim untuk mengumpul kekayaan bagi dirinya.

7. Orang yang suka bersifat riya' bangga diri dengan kehebatannya.

8. Orang yang tidak memperdulikan solat , tidak mengambil berat hal-hal berkaitan solat.

9. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat ( atau membayar zakat hanya kerana mengelak cukai pendapatan, bukan kerana Allah).

10. Orang yang tinggi angan-angan , mengharap sesuatu yang tidak sesuai dengan usahanya.

(Berdasarkan hadis nabi).

Selasa, April 20, 2010

MEREKA MENDAPAT NAUNGAN ALLAH


Tujuh golongan mereka itu yang mendapat rahmat dan naungan Allah, iaitu ketika tidak ada tempat bernaung yang lain selain dari naunganNya (Allah). Mereka itu ialah :

1. Pemimpin yang adil

2. Pemuda yang taat beribadat kepada Allah.

3. Orang yang tersangkut hatinya di masjid.

4. Dua orang pemuda berkasih-kasihan kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah.

5. Seorang lelaki yang diajak berzina oleh perempuan cantik lagi berkedudukan tinggi, dia menjawab : aku takut kepada Allah.

6. Orang yang bersedekah, tangan kanannya yang memberikan, tidak tahu tangan kirinya.

7. Orang yang teringat kepada Allah di waktu sunyi maka mengalir air matanya.

(Hadis riwayat Abu Hurairah)

Ahad, April 18, 2010

HIKMAH SUJUD



Sujud mempunyai beberapa manafaat dari sudut kesihatan, antaranya :

1. melegakan sistem pernafasan (relieved congestion for breathing)

2. mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.


Bernafas ketika sujud pula akan :

1. membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

2. membetulkan bahagian peranakan yang jatuh.

3. melegakan sakit hernia.

4. mengurangkan sakit senggugut bagi wanita ketika haid.

5. melegakan bahagian paru-paru daripada ketegangan.

6. mengurangkan kesakitan pada pesakit apendiks dan limpa.

7. meringankan bahagian pelviks.

Hakikatnya... sujud dalam solat adalah waktu yang paling hampir antara seorang hamba dengan Allah Rabbul Jalil.... firman Allah : "wahai orang beriman, ruku' dan sujudlah...." disamping sujud menghampirkan diri kita kepada Allah, ia juga memberi kesan yang baik dari sudut perubatan dan kesihatan... Maha Suci Allah Yang Maha Mengetahui akan keperluan hambanya.

Rabu, April 14, 2010

BARISAN PENGHUNI NERAKA


Rasulullah saw bersabda kepada Muaz b. Jabal bermaksud:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan masuk neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan masuk syurga. Adapun 11 golongan yang akan masuk neraka ialah :

1. Mereka yang keluar dari kubur dengan tidak mempunyai kaki dan tangan. Mereka ini suka menyakiti hati jiran tetangga.

2. Mereka yang menyerupai babi. Mereka ini suka melengahkan solat 5 waktu.

3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi ular dan kala. Mereka ini orang yang enggan membayar zakat.

4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan orang yang suka berdusta.

5. Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Mereka ini golongan yang mengaut keuntungan dalam perniagaan dengan cara penipuan.

6. Mereka yang dicincang pada tengkok bahu. Mereka ini suka menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7. Mereka yang tidak berlidah, keluar darah dan nanah dari mulut. Mereka ini tidak mahu menyaksikan dan menerima kebenaran.

8. Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik, kepala di bawah dan kakinya di atas. Mereka ini orang yang berzina dan mati sebelum bertaubat.

9. Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Mereka ini memakan harta anak yatim.

10. Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit-penyakit lain yang menjijikkan. Inilah balasan orang berani melawan ibubapanya.

11. Mereka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga perut, dari perut dan pahanya keluar kotoran. Inilah balasan orang yang meminum arak.

Manakala 1 golongan yang akan terselamat dan masuk syurga ialah :

"mereka yang wajahnya seperti bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat 5 waktu dan mati dalam keadaan bertaubat".

Isnin, April 12, 2010

PERKARA YANG MELEMAHKAN AKAL


Ahli perubatan dan ilmuan Islam telah menyatakan beberapa perkara yang boleh melemahkan kekuatan akal. Perkara-perkara tersebut hendaklah dielakkan, antaranya :

1. Mengelakkan minuman yang terdapat semut di dalamnya.

2. Mengurangkan makanan-makanan yang masam.

3. Mengelakkan memakan ikan di bahagian kepala.

4. Mengelakkan tidur selepas Subuh, Asar dan Maghrib.

5. Menjaga kebersihan dalam semua aspek, terutama gigi dengan memberus gigi (bersiwak) setiap kali waktu solat.

Apapun... hendaklah kita sedar.... serangan pemikiran oleh musuh-musuh Islam ke atas umat Islam di negara kita khasnya , lebih merbahaya daripada perkara-perkara di atas, kenal pastilah proksi-proksi musuh Islam di negara kita yang menyerang untuk melemahkan umat Islam.... senjata mereka adalah media.... fesyen dan trend pakaian... pemikiran liberalisme..... berbagai lagi.

Ahad, April 11, 2010

SIFAT TERCELA DIBENCI ALLAH



Hadis riwayat Abu Hurairah bermaksud :

“ Sesungguhnya Allah benci setiap manusia yang kasar (suara dan tingkah laku), kuat makan, bising semasa di pasar, tidak bangun solat malam seperti bangkai, berkerja keras pada waktu siang seperti himar, amat mengetahui tentang ilmu dunia dan jahil tentang akhirat.”

Hindarilah diri kita daripada memiliki sifat yang disebutkan dalam hadis di atas, iaitu :

1. kasar suara dan tingkah laku terhadap orang lain.

2. kuat makan atau makan melebihi keperluan sehingga memudaratkan diri.

3. bising semasa di pasar. Islam menekankan adab sopan semasa berjual beli, tawar menawar dengan sopan.

4. tidur malam seperti mayat, tidak bersedia untuk bangun beribadat atau sekurang-kurangnya bangun awal untuk solat subuh.

5. bekerja keras seperti binatang, menjadi hamba keduniaan, tidak memperuntukkan waktu untuk solat.

6. digelar cendekiawan ilmu keduniaan tetapi jahil ilmu agama, menghafal segala macam formula tetapi gagal menghafal ayat-ayat lazim untuk solat.


Sabtu, April 10, 2010

BAHAYA GELAK KETAWA


Menurut pandangan Islam, bergelak ketawa adalah tidak baik dan makruh hukumnya. Ibnu Mas'ud meriwayatkan dari 'Auf b. Abdullah bahawa biasanya Rasulullah tidak ketawa melainkan senyum simpul dan tidak suka melerek kecuali memaling dengan semua wajahnya. Ini menunjukkan bahawa senyum itu sunat dan tertawa terbahak-bahak adalah makruh. Kita dilarang bergelak ketawa secara berlebihan kerana mereka yang banyak ketawa di dunia akan banyak menangis di akhirat.

Hadis riwayat Ibnu Abbas: "Sesiapa yang ketawa ketika membuat dosa , maka dia akan menangis ketika masuk neraka".
Posted by Picasa

Jumaat, April 09, 2010

TANDA KIAMAT : PADANG PASIR MENGHIJAU


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Bersabda Rasulullah saw : "Tidak akan terjadi kiamat sehinggalah Tanah Arab (yang tandus itu) menjadi lembah yang subur dan dialiri sungai-sungai".
Hadis riwayat Muslim.

Sabda Rasulullah ini telah benar-banar terjadi di mana di Padang Arafah kini telah ditumbuhi pepohon yang menghijau, pohon-pohon ini dapat tumbuh dan hidup di padang pasir yang kering kontang hasil kemajuan teknologi manusia hari ini, kerajaan Arab Saudi menggunakan kekayaan yang mereka miliki untuk membawa masuk teknologi moden dari Barat untuk menghijaukan padang pasir dan tanah tandus mereka.... dan mereka berjaya.

Khamis, April 08, 2010

CEPATNYA MASA BERLALU


Daripada Anas b. Malik r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda : "Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu percikan api".

Realiti kehidupan kita hari ini .... kita rasakan sabda Rasulullah itu sudah benar-benar terjadi, kita baru sahaja masuk ke tahun 2010, sedar atau tidak sekarang kita sudah berada di bulan April, kita sudah pun menempuh 1/4 usia tahun 2010. Dalam sehari pula.... banyak perkara yang kita rancang .... tidak dapat kita selesaikan kerana kesuntukan masa.

Menurut Imam al-Karmani.... hal seperti ini terjadi kerana keberkatan masa telah dicabut dalam kehidupan kita, manusia akhir zaman yang makin jauh dari jalan Allah.
Posted by Picasa

Selasa, April 06, 2010

MENGINTIP RAHSIA ORANG LAIN


Di antara perilaku dan sifat tercela ialah mengintip rahsia orang lain atau mencari cacat cela orang lain untuk dirinya sendiri ataupun untuk orang lain tanpa alasan yang sah dari sudut hukum syara'.

Rasulullah SAW bersabda :"Barang siapa yang mengintip percakapan satu kaum sedangkan mereka tidak menyukainya, nanti akan dituang ke dalam telinganya dengan cairan timah pada hari kiamat"
(Hadis riwayat al-Bukhari)
Posted by Picasa

Khamis, April 01, 2010

TENTANG SAKA

Posted by Picasa

Saka ialah satu amalan mewariskan jin secara turun temurun kepada salasilah keluarga di mana turunnya saka tersebut boleh secara upacara rasmi daripada usul atau pun secara automatik.Tanda-tanda orang itu bersaka ialah sakit ketika menziarahi orang meninggal,nyanyuk bila tua,terasa panas di tengkuk bila dibacakan ayat-ayat al Qur’an, banyak penyakit genetik pada badan, boleh mengurut dan mengubat tanpa belajar, menerima amalan dari mimpi, menyimpan senjata-senjata lama seperti keris dan juga umur yang panjang serta liat menghadapi sakratul maut.