SAHABAT :

Isnin, Mac 08, 2010

SEDIKIT LELAKI DAN BANYAK PEREMPUAN



Daripada Anas b. Malik RA berkata : Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang menceritakannya sesudah aku. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Di antara tanda kiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum wanita dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang wanita".

Hadis riwayat Bukhari Muslim.

Situasi yang digambarkan dalam hadis di atas sememangnya telah dan sedang berlaku di seluruh dunia, tentang sedikitnya ilmu memang telah lama terjadi, jika dahulu...seorang ulama' , dia juga mampu muncul sebagai tokoh perubatan, contohnya Ibnu Sina, seorang ulama'boleh juga muncul sebagai ahli falsafah...contohnya Ibnu Rusyd...hari ini bidang ilmu dipisah-pisahkan, dikecilkan bidang, di universiti diwujudkan fakulti-fakulti yang membataskan bidang pengajian... lebih malang lagi bila timbul fahaman sekularisme yang memisahkan keagamaan dan keduniaan.
Perzinaan berlaku merata-rata dan meluas bukan rahsia lagi, malah rumah-rumah pelacuran dan pusat-pusat maksiat tumbuh bagai cendawan selepas hujan...seolah-olah pemerintah merestui kewujudannya pula..
Kaum wanita mengatasi lelaki dari segi jumlahnya sudah terbukti pada catatan statistik penduduk Malaysia kita mahupun negara mana sekalipun di dunia ini.... oleh itu renunglah akan kebenaran sabda Rasulullah ini.
Posted by Picasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan