SAHABAT :

Jumaat, Mac 05, 2010

SEDEKAH ANDA TIDAK IKHLAS? ADAKAH DAPAT PAHALA?

Terdapat perbezaan pendapat mengenai kedudukan sedekah yang tidak ikhlas dan diiringi ungkitan serta mengharap pujian. Ada tiga pendapat para ulama' mengenai perkara ini ;

1. Jika orang yang membelanjakan hartanya itu mengungkit-ungkit, tidaklah ia mendapat pahala.
Bahkan mendapat dosa disebabkan ungkitannya itu.

2. Jika ungkitan itu dilakukan, akan hilanglah pahalanya. Tiada dia mendapat pahala dan tiada pula
berdosa.

3. Jika dilakukan ungkitan itu, dia tetap mendapat pahala sedekahnya, tetapi luput daripada janji
pahala yang berlipat ganda . Dan tertanggunglah dosa ke atasnya kerana mengungkit atau
mengumpat. ( Pendapat ke-tiga ini lebih mahsyur ).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan