SAHABAT :

Jumaat, Mac 19, 2010

PASAR DI AKHIRAT

Rasulullah bersabda maksudnya :
Sesungguhnya di syurga terdapat pasar yang dikunjungi oleh penduduk syurga setiap hari jumaat. Angin utara bertiup menghembus dan menerpa wajah dan pakaian mereka hingga membuat mereka semakin tampan dan kacak. Dalam keadaan seperti itu mereka pulang mendapatkan isteri masing-masing. Isteri-isteri mereka berkata; “ Demi Allah… tuan semakin tampan dan kacak”. Mereka menjawab ; “Kalian juga semakin cantik dan mempersona”.
(Hadis riwayat Muslim.)

Berbanding dengan pasar di dunia...ia merupakan tempat pengunjungnya mendapat dosa, dalam sebuah hadis lain, Rasulullah SAW menyatakan bahawa.... sewaktu berada di pasar, baginda melihat dua malaikat pencatat amalan manusia (raqib/'atid) tidak henti-henti mencatat perbuatan dan tingkah laku manusia. Di pasarlah tempat kita terlihat 'aurat orang lain, di pasarlah tempat kita terhidu wangian dari tubuh wanita yang bukan kita berhak ke atasnya....

Diriwayatkan Rasulullah SAW tidak mengambil masa yang lama jika ke pasar, beliau terus pulang sebaik sahaja selesai urusan membeli barang keperluan...

Untuk renungan kita.... berwaspadalah dengan keseronokan pasar di dunia, kerana ia adalah tempat kita mendapat dosa dengan mudah, jangan berlama-lama di pasar, beredarlah sebaik sahaja selesai urusan.... maksud pasar dalam konteks kehidupan kita hati ini termasuklah pasaraya... kompleks membeli belah... expo... dan berbagai lagi tempat tumpuan manusia untuk urusan keduniaan... rinduilah keindahan dan kedamaian pasar di syurga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan