SAHABAT :

Ahad, Mac 07, 2010

KEISTIMEWAAN MEMERANG

Apakah keistimewaan binatang ini ?
Memerang ialah sejenis binatang yang boleh hidup di daratan dan di dalam air. Sumber makanan mereka ialah hidupan dalam air seperti ikan, ketam, udang, belut, ular dan sebagainya. Binatang ini tidak disukai pesawah kerana mereka sering kali merosakkan padi tanaman pesawah dan mengambil secara rakus ikan tangkapan pesawah yang dalam perangkap atau di kolam peliharaan. Memerang mempunyai kemahiran yang tidak dapat ditandingi dalam bidang tangkapan hidupan air dan mampu membuka atau merosakkan perangkap ikan petani atau sesiapa sahaja.

Walau pun memerang sejenis binatang yang tidak digemari manusia tetapi mereka mempunyai kebolehan dan rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap penjagaan dan pendidikan anak-anak.
Memerang tidak akan memberi sewenang-wenangnya makanan kepada anak-anak mereka.
Sebaliknya mereka melatih anak-anak turut menangkap ikan dengan cara melepaskan ikan tangkapan mereka di hadapan anak-anak dan membiarkan anak-anak menangkapnya sendiri. Pada awalnya sudah tentu anak-anak tadi tidak berjaya menangkapnya kerana ikan masih cergas dan bergerak laju. Ikan yang terlepas lari itu dikejarnya semula oleh ibu atau bapa memerang dan ditangkapnya semula. Proses ini dibuatnya berkali-kali sehinggalah ikan itu letih dan tidak bertenaga lagi. keadaan ini membolehkan anak-anak memerang tadi berjaya menangkapnya.

Dengan cara tersebut anak-anak memerang menyedari bahawa hidangan mereka tidak akan datang menggolek tetapi mereka perlu berusaha untuk mendapatkannya melalui ilmu dan kemahiran, ketuturunan tidak hanya datang dari perut ibu sahaja, sebaliknya keturunan dimantapkan di luar perut ibu dengan tunjuk ajar dan didikan yang bersungguh-sungguh. Latihan tersebut diteruskan sehinggalah anak-anak mereka pandai dan mahir serta mampu hidup berdikari. Inilah falsafah atau prinsip hidup yang betul seperti kata orang Cina " Janganlah beri mereka ikan tetapi ajarlah mereka memancing".

Mungkin terdapat di antara manusia beranggapan bahawa kemahiran memerang menangkap ikan itu memang seratus peratus kerana keturunan mereka memang begitu atau kebolehan pemberian Allah bersama dengan kelahiran mereka tanpa berlaku tambahbaikan oleh mereka sendiri.

Cuba renung dan fikirkan.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan