SAHABAT :

Rabu, Mac 10, 2010

HARI WANITA ADALAH PERANCANGAN KOMUNISME UNTUK HANCURKAN INSTITUSI KELUARGA

Mengikut pengkajian sejarah “Hari Wanita” telah dimulakan oleh Parti Komunis Russia (Bolshevik) selepas mereka menjatuhkan Czar di Russia. Ia telah dimulakan oleh SU Agung Parti Komunis Russia yang pertama, Vladimir Lenin, bagi tujuan yang amat jahat dan seperti dirasuk syaitan. Yakni, menghancurkan institusi keluarga di Russia.

SAMBUTAN 8 MARCH DIMULAKAN PARTI KOMUNIS RUSSIA

Sambutan Hari Wanita pada tarikh 8 Mac setiap dimulakan oleh Parti Komunis Russia, ia menjelaskan kepada kita sambutan 8 March sempena “Hari Wanita” adalah ciptaan Parti Komunis Russia dan bersumber dari ideology Komunis.
Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengeluarkan para wanita dari peranan sebagai ibu dan surirumah kepada peranan sebagai pekerja untuk mengkayakan negara.

Dalam konteks kapitalisma pula, para wanita digalakkan bekerja sendiri kerana mereka bakal digunakan untuk mengkayakan para korporat-korporat yang senantiasa tamak dan haloba untuk mencari wang. Tidak pernah mereka cukup dengan wang yang ada, mereka mahu wang mereka sentiasa bertambah.

Tujuan Parti Komunis menyuruh wanita keluar rumah dan bekerja adalah supaya anak-anak mereka kelak akan dibesarkan dan diindoktrinisasi oleh negara. Ertinya, tugas ibu bapa hanya memberi sokongan material sahaja tetapi dari segi pemikiran dan cara bertindak,semuanya akan ditentukan oleh negara (dalam kes ini negara yang diperintah Komunis).

Dalam kontek kita sekarang ini, apabila wanita bekerja, anak-anak akan diracuni pemikiran mereka oleh media yang mempromosikan budaya konsumerisma, hedonisma dan berpeleceran serta keduniaan yang melampau.

Tidak hairanlah semenjak wanita-wanita bekerja dengan ramai, masaalah sosial dalam masyarakat umat Melayu semakin serius dan membarah. Apa yang berlaku adalah tugas membangun keluarga sudah menjadi tugas “separuh masa” manakala tugas sepenuh masa adalah mengkayakan para korporat yang sentiasa tamak haloba.

Apabila makin ramai wanita bekerja, maka kos buruh (tenaga kerja) semakin menurun kerana bilangan pekerja dalam pasaran semakin bertambah. Di kala wanita 90% duduk di rumah dan menjadi surirumah, kos pekerja berada di tahap yang agak tinggi. Apabila para wanita mula bekerja di luar, maka kos pekerja menjadi murah kerana secara tiba-tiba bilangan pekerja bertambah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan