SAHABAT :

Rabu, Mac 17, 2010

DUA KAMPUNG DI AKHIRAT


Kehidupan kita ini sama seperti asap yang sebentar sahaja kelihatan lalu lenyap. Sessungguhnya kehidupan manusia seperti nafas sahaja, dan semuanya sia-sia.
Ramai yang berharap hanya untuk kehidupan di dunia ini, dan mereka menganggap inilah "kampung halaman" yang sebenar. Setiap hari mereka hanya sibuk dengan urusan dunia, sibuk mencari wang, sibuk bekerja, sibuk dengan kegembiraan dan rekreasi, mereka melupakan diri bahawa saat akan tiba apabila segalanya berakhir dan kita kembali kepada "kampung halaman" yang hakiki di akhirat iaitu syurga aau neraka.

Kehidupan di dunia juga penuh dengan penderitaandan airmata. Namun Allah memberi petunjuk, ajaran dan jalan untuk mengendalikan diri, kerana kehidupan kehidupan dan "kampung halaman" yang sebenar bukanlah di dunia yang sementara ini, tetapi di syurga yang kekal.

Jadi.... berwaspadalah jangan menghanyutkan diri dalam dosa dan kesenangan-kesenangan dunia yang sementara. Ikutilah ajaran dan jalan Allah agar hidup kita selamanya dalam rahmat Allah..... agar kita terpilih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan