SAHABAT :

Ahad, Mac 07, 2010

ADAB MAKAN



Ramai yang menganggap makan dalam talam dan makan berjemaah itu sinonim. Maksudnya bila sahaja kita makan beramai-ramai dalam satu bekas (talam) maka ia sudah dikira makan berjemaah. Hakikatnya tidak begitu. Makan dalam talam tidak semestinya memenuhi konsep berjemaah, dan begitu juga jika tidak makan dalam talam ia tidak boleh dianggap makan berjemaah.
Hendaklah dibezakan antara "makan satu bekas" (samada dalam talam atau sebagainya) dengan "makan secara berjemaah". Maka makan di dalam hakikatnya satu kaedah sahaja bagi "makan secara berjemaah"....mari kita lihat lebih dekat antara ciri-ciri makan berjemaah :

1. Ada ketua:
Dalam berjemaah mesti ada ketua, begitulah juga dalam makan berjemaah. Dikalangan semua yang makan, siapa yang lebih
tua usia, lebih tinggi ilmu dan lebih dari segi kewibawaannya, maka dia boleh dianggap ketua.
Apabila makan sekeluarga misalnya, ayah adalah ketua dalam makan berjemaah itu. Sebagai ketua dia mesti memulakan
doa makan atau mengagihkan peranan membaca doa itu kepada anak yang dipilihnya atas tujuan mendidik dan melatih.
Dia kemudiannya memulakan suapan, diikuti oleh ahli keluarga yang lain.
Ketua jangan hanya memikirkan dirinya sahaja, sebaliknya dia mengawasi orang lain yang makan bersamanya, lauk yang
jauh didekatkan, mungkin anak kecil perlu dicubitkan lauknya, makanan yang pedas diperingat jangan makan keterlaluan.
Sekalipun makan secara hidang (bukan dalam talam) tetapi faktor kepimpinan dan kepengikutan ini adalah ciri makan
berjemaah.

2. Niat supaya semua orang kenyang :
Satu ciri lain dalam jemaah ialah setiap anggota mestilah mendahului kepentingan orang lain. Jemaah dan pengorbanan
adalah saling berkaitan. Sekalipun makan secara bufet, tetapi yang mengambil makanan dahulu dengan perkiraan lauk itu
mesti dapat dinikmati juga oleh orang yang kemudian, maka itu adalah niat yang baik dan menepati ciri makan jamaah.

Makan dalam talam hanya memudahkan konsep pelaksanaan konsep makan berjemaah kerana faktor fizikal dan infrastruktur
yang lebih hampir antara satu sama lain, hakikatnya ciri makan berjemaah lebih melibatkan soal hati, sekiranya hati sudah ada iman, rasa ukhuwwah akan terhasil secara automatik.
Posted by Picasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan