SAHABAT :

Rabu, Mac 31, 2010

MASJID DI BUMI ALLAH

Posted by Picasa


Masjid.... sebuah institusi yang menghubung antara manusia dengan Allah, dan menghubungkan antara sesama manusia... ia bukan sahaja menjadi pusat kegiatan sosial umat Islam, malah sepatutnya ia turut menjadi institusi kewangan yang mampu membantu umat Islam.

Mengapa masjid kita gagal sekurang-kurangnya memiliki sumber kewangan yang kukuh, malah masjid sentiasa mengharap simpati dan sumbangan kewangan pihak lain untuk menguruskan diri sendiri? Di sini peranan sumbangan umat Islam kepada masjid... renunglah.... pada setiap hari Jumaat... berapa RM yang kita sumbang kepada tabung masjid.... dan berapa RM pula yang kita belanjakan untuk makan t/hari kita selepas solat Jumaat.....

Jumaat, Mac 26, 2010

BERTASBIH MEMUJI ALLAH


"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagiNya, dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya, akan tetapi kamu tidak memahami tasbih mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) amat penyantun lagi Maha Pengampun" (al-Isra' : 44)

Subhanallah... Maha Suci Allah Yang Maha Mengetahui.... hanya Dia yang tahu rahsia alam... alam ini bertasbih sebenarnya, burung-burung di udara, ikan di air, unggas di hutan....pohon-pohon... malah seluruh makhluk yang bernyawa dan tidak bernyawa bertasbih memuji Allah... maka selayaknya kita makhluk Allah yang dijadikan sebaik-baik kejadian... bertasbih lebih banyak dari mereka.
Posted by Picasa

Selasa, Mac 23, 2010

BANGUNAN DI SYURGA

Gambar hiasan.

Bangunannya terbuat dari batu bata emas dan perak, wangiannya sewangi kasturi yang sangat harum, batunya terbuat dari mutiara lu'lu' dan yaquth dan tanahnya terbuat dari za'faran, seperti tepung putih yang berbau kasturi.
Di antara bentuk bangunannya adalah kubah-kubah indah yang terbuat dari mutiara.

Rasulullah menjanjikan, barangsiapa yang solat sunat 12 rakaat sehari semalam, maka Allah akan membangunkan sebuah rumah untuknya di syurga.

(Malam Pertama di Syurga hlmn 7)

Isnin, Mac 22, 2010

CURAHAN RAHMAT ALLAH

Posted by Picasa


Isnin... 22 Mac... 1.30 pm... hujan turun dengan lebat di SMKBS... curahan rahmat Allah Ta'ala setelah diselubungi cuaca panas sejak beberapa minggu...

Jumaat, Mac 19, 2010

PASAR DI AKHIRAT

Rasulullah bersabda maksudnya :
Sesungguhnya di syurga terdapat pasar yang dikunjungi oleh penduduk syurga setiap hari jumaat. Angin utara bertiup menghembus dan menerpa wajah dan pakaian mereka hingga membuat mereka semakin tampan dan kacak. Dalam keadaan seperti itu mereka pulang mendapatkan isteri masing-masing. Isteri-isteri mereka berkata; “ Demi Allah… tuan semakin tampan dan kacak”. Mereka menjawab ; “Kalian juga semakin cantik dan mempersona”.
(Hadis riwayat Muslim.)

Berbanding dengan pasar di dunia...ia merupakan tempat pengunjungnya mendapat dosa, dalam sebuah hadis lain, Rasulullah SAW menyatakan bahawa.... sewaktu berada di pasar, baginda melihat dua malaikat pencatat amalan manusia (raqib/'atid) tidak henti-henti mencatat perbuatan dan tingkah laku manusia. Di pasarlah tempat kita terlihat 'aurat orang lain, di pasarlah tempat kita terhidu wangian dari tubuh wanita yang bukan kita berhak ke atasnya....

Diriwayatkan Rasulullah SAW tidak mengambil masa yang lama jika ke pasar, beliau terus pulang sebaik sahaja selesai urusan membeli barang keperluan...

Untuk renungan kita.... berwaspadalah dengan keseronokan pasar di dunia, kerana ia adalah tempat kita mendapat dosa dengan mudah, jangan berlama-lama di pasar, beredarlah sebaik sahaja selesai urusan.... maksud pasar dalam konteks kehidupan kita hati ini termasuklah pasaraya... kompleks membeli belah... expo... dan berbagai lagi tempat tumpuan manusia untuk urusan keduniaan... rinduilah keindahan dan kedamaian pasar di syurga.

Khamis, Mac 18, 2010

INDAHNYA KEMATIAN ABU HURAIRAH

Ketika Abu Hurairah sakit tenat, beliau menangis. Lalu ditanya oleh para sahabat : "Apa yang membuatkan kamu menangis?" Beliau menjawab :"aku menangis bukan kerana sedih meninggalkan dunia ini...tetapi aku menangisi perjalanan selepas ini (setelah mati), bekalku sedikit, lalu aku berada di suatu tempat yang menanjak lagi amat luas, sedangkan aku tidak tahu samada akan dimasukkan ke syurga atau neraka.

Renunglah saudara sekalian.... jika Abu Hurairah pun yang terkenal sebagai sahabat nabi yang soleh berasa cemas akan untung nasib di akhirat.... bagaimanakah kita?

Rabu, Mac 17, 2010

DUA KAMPUNG DI AKHIRAT


Kehidupan kita ini sama seperti asap yang sebentar sahaja kelihatan lalu lenyap. Sessungguhnya kehidupan manusia seperti nafas sahaja, dan semuanya sia-sia.
Ramai yang berharap hanya untuk kehidupan di dunia ini, dan mereka menganggap inilah "kampung halaman" yang sebenar. Setiap hari mereka hanya sibuk dengan urusan dunia, sibuk mencari wang, sibuk bekerja, sibuk dengan kegembiraan dan rekreasi, mereka melupakan diri bahawa saat akan tiba apabila segalanya berakhir dan kita kembali kepada "kampung halaman" yang hakiki di akhirat iaitu syurga aau neraka.

Kehidupan di dunia juga penuh dengan penderitaandan airmata. Namun Allah memberi petunjuk, ajaran dan jalan untuk mengendalikan diri, kerana kehidupan kehidupan dan "kampung halaman" yang sebenar bukanlah di dunia yang sementara ini, tetapi di syurga yang kekal.

Jadi.... berwaspadalah jangan menghanyutkan diri dalam dosa dan kesenangan-kesenangan dunia yang sementara. Ikutilah ajaran dan jalan Allah agar hidup kita selamanya dalam rahmat Allah..... agar kita terpilih

Isnin, Mac 15, 2010

BUNGA DARI CAMERON HIGHLAND






















Posted by Picasa


Gambar-gambar diambil semasa lawatan ke Cameron Highland pada 13/3 - 15/3/2010, cuti sekolah pertengahan penggal pertama.

MENGAPA ORANG-ORANG YAHUDI BIJAK-BIJAK BELAKA

(ARTIKEL INI DIPETIK DARI WARGA-MARHAEN.BLOGSPOT.COM)

Antara sunnah Nabi (s.a.w) ialah:

- makan buah sebelum makan nasi
- tidak makan lauk ikan dan daging serentak dalam satu masa
- minum air sebelum dan selepas makan, bukan ketika makan
- ibu bapa membaca quran ketika ibu mengandung
- susu & kurma antara kegemaran Nabi (s.a.w.)

Baca artikel di bawah…… Seolah2 Yahudi mengkaji sunnah Nabi dan mengamalkannya
sedang umat Islam sendiri mengabaikannya.

Wassalam

Baca…. Renung…… Fikir……. Bertindak!
Based on true story...

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemansip dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?" . Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, sains dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, ..Ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak¡¨. Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan pertumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab).Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genetik dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (hakikatnya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah Yahudi sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini kerana menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang! Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang pernigaan dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan di dunia! Siapakah ynag mencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti pengurusan periagaan dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan di kepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai. Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan perniagaan (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yang betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Coca Cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan konsetrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yang lembam dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke jenerasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikatnya Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi lembam, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma beberapa sen US! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah ratusan juta orang berapa banyakkah universiti terdapat disana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita melahirkan jenerasi yang bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 muka surat penuh. Esaynya hanyalah mengenai "Mengapa saya gemarkan tomato".

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Rabu, Mac 10, 2010

HARI WANITA ADALAH PERANCANGAN KOMUNISME UNTUK HANCURKAN INSTITUSI KELUARGA

Mengikut pengkajian sejarah “Hari Wanita” telah dimulakan oleh Parti Komunis Russia (Bolshevik) selepas mereka menjatuhkan Czar di Russia. Ia telah dimulakan oleh SU Agung Parti Komunis Russia yang pertama, Vladimir Lenin, bagi tujuan yang amat jahat dan seperti dirasuk syaitan. Yakni, menghancurkan institusi keluarga di Russia.

SAMBUTAN 8 MARCH DIMULAKAN PARTI KOMUNIS RUSSIA

Sambutan Hari Wanita pada tarikh 8 Mac setiap dimulakan oleh Parti Komunis Russia, ia menjelaskan kepada kita sambutan 8 March sempena “Hari Wanita” adalah ciptaan Parti Komunis Russia dan bersumber dari ideology Komunis.
Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengeluarkan para wanita dari peranan sebagai ibu dan surirumah kepada peranan sebagai pekerja untuk mengkayakan negara.

Dalam konteks kapitalisma pula, para wanita digalakkan bekerja sendiri kerana mereka bakal digunakan untuk mengkayakan para korporat-korporat yang senantiasa tamak dan haloba untuk mencari wang. Tidak pernah mereka cukup dengan wang yang ada, mereka mahu wang mereka sentiasa bertambah.

Tujuan Parti Komunis menyuruh wanita keluar rumah dan bekerja adalah supaya anak-anak mereka kelak akan dibesarkan dan diindoktrinisasi oleh negara. Ertinya, tugas ibu bapa hanya memberi sokongan material sahaja tetapi dari segi pemikiran dan cara bertindak,semuanya akan ditentukan oleh negara (dalam kes ini negara yang diperintah Komunis).

Dalam kontek kita sekarang ini, apabila wanita bekerja, anak-anak akan diracuni pemikiran mereka oleh media yang mempromosikan budaya konsumerisma, hedonisma dan berpeleceran serta keduniaan yang melampau.

Tidak hairanlah semenjak wanita-wanita bekerja dengan ramai, masaalah sosial dalam masyarakat umat Melayu semakin serius dan membarah. Apa yang berlaku adalah tugas membangun keluarga sudah menjadi tugas “separuh masa” manakala tugas sepenuh masa adalah mengkayakan para korporat yang sentiasa tamak haloba.

Apabila makin ramai wanita bekerja, maka kos buruh (tenaga kerja) semakin menurun kerana bilangan pekerja dalam pasaran semakin bertambah. Di kala wanita 90% duduk di rumah dan menjadi surirumah, kos pekerja berada di tahap yang agak tinggi. Apabila para wanita mula bekerja di luar, maka kos pekerja menjadi murah kerana secara tiba-tiba bilangan pekerja bertambah.

Isnin, Mac 08, 2010

SEDIKIT LELAKI DAN BANYAK PEREMPUAN



Daripada Anas b. Malik RA berkata : Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang menceritakannya sesudah aku. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Di antara tanda kiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum wanita dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang wanita".

Hadis riwayat Bukhari Muslim.

Situasi yang digambarkan dalam hadis di atas sememangnya telah dan sedang berlaku di seluruh dunia, tentang sedikitnya ilmu memang telah lama terjadi, jika dahulu...seorang ulama' , dia juga mampu muncul sebagai tokoh perubatan, contohnya Ibnu Sina, seorang ulama'boleh juga muncul sebagai ahli falsafah...contohnya Ibnu Rusyd...hari ini bidang ilmu dipisah-pisahkan, dikecilkan bidang, di universiti diwujudkan fakulti-fakulti yang membataskan bidang pengajian... lebih malang lagi bila timbul fahaman sekularisme yang memisahkan keagamaan dan keduniaan.
Perzinaan berlaku merata-rata dan meluas bukan rahsia lagi, malah rumah-rumah pelacuran dan pusat-pusat maksiat tumbuh bagai cendawan selepas hujan...seolah-olah pemerintah merestui kewujudannya pula..
Kaum wanita mengatasi lelaki dari segi jumlahnya sudah terbukti pada catatan statistik penduduk Malaysia kita mahupun negara mana sekalipun di dunia ini.... oleh itu renunglah akan kebenaran sabda Rasulullah ini.
Posted by Picasa

Ahad, Mac 07, 2010

KEISTIMEWAAN MEMERANG

Apakah keistimewaan binatang ini ?
Memerang ialah sejenis binatang yang boleh hidup di daratan dan di dalam air. Sumber makanan mereka ialah hidupan dalam air seperti ikan, ketam, udang, belut, ular dan sebagainya. Binatang ini tidak disukai pesawah kerana mereka sering kali merosakkan padi tanaman pesawah dan mengambil secara rakus ikan tangkapan pesawah yang dalam perangkap atau di kolam peliharaan. Memerang mempunyai kemahiran yang tidak dapat ditandingi dalam bidang tangkapan hidupan air dan mampu membuka atau merosakkan perangkap ikan petani atau sesiapa sahaja.

Walau pun memerang sejenis binatang yang tidak digemari manusia tetapi mereka mempunyai kebolehan dan rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap penjagaan dan pendidikan anak-anak.
Memerang tidak akan memberi sewenang-wenangnya makanan kepada anak-anak mereka.
Sebaliknya mereka melatih anak-anak turut menangkap ikan dengan cara melepaskan ikan tangkapan mereka di hadapan anak-anak dan membiarkan anak-anak menangkapnya sendiri. Pada awalnya sudah tentu anak-anak tadi tidak berjaya menangkapnya kerana ikan masih cergas dan bergerak laju. Ikan yang terlepas lari itu dikejarnya semula oleh ibu atau bapa memerang dan ditangkapnya semula. Proses ini dibuatnya berkali-kali sehinggalah ikan itu letih dan tidak bertenaga lagi. keadaan ini membolehkan anak-anak memerang tadi berjaya menangkapnya.

Dengan cara tersebut anak-anak memerang menyedari bahawa hidangan mereka tidak akan datang menggolek tetapi mereka perlu berusaha untuk mendapatkannya melalui ilmu dan kemahiran, ketuturunan tidak hanya datang dari perut ibu sahaja, sebaliknya keturunan dimantapkan di luar perut ibu dengan tunjuk ajar dan didikan yang bersungguh-sungguh. Latihan tersebut diteruskan sehinggalah anak-anak mereka pandai dan mahir serta mampu hidup berdikari. Inilah falsafah atau prinsip hidup yang betul seperti kata orang Cina " Janganlah beri mereka ikan tetapi ajarlah mereka memancing".

Mungkin terdapat di antara manusia beranggapan bahawa kemahiran memerang menangkap ikan itu memang seratus peratus kerana keturunan mereka memang begitu atau kebolehan pemberian Allah bersama dengan kelahiran mereka tanpa berlaku tambahbaikan oleh mereka sendiri.

Cuba renung dan fikirkan.........

ADAB MAKAN



Ramai yang menganggap makan dalam talam dan makan berjemaah itu sinonim. Maksudnya bila sahaja kita makan beramai-ramai dalam satu bekas (talam) maka ia sudah dikira makan berjemaah. Hakikatnya tidak begitu. Makan dalam talam tidak semestinya memenuhi konsep berjemaah, dan begitu juga jika tidak makan dalam talam ia tidak boleh dianggap makan berjemaah.
Hendaklah dibezakan antara "makan satu bekas" (samada dalam talam atau sebagainya) dengan "makan secara berjemaah". Maka makan di dalam hakikatnya satu kaedah sahaja bagi "makan secara berjemaah"....mari kita lihat lebih dekat antara ciri-ciri makan berjemaah :

1. Ada ketua:
Dalam berjemaah mesti ada ketua, begitulah juga dalam makan berjemaah. Dikalangan semua yang makan, siapa yang lebih
tua usia, lebih tinggi ilmu dan lebih dari segi kewibawaannya, maka dia boleh dianggap ketua.
Apabila makan sekeluarga misalnya, ayah adalah ketua dalam makan berjemaah itu. Sebagai ketua dia mesti memulakan
doa makan atau mengagihkan peranan membaca doa itu kepada anak yang dipilihnya atas tujuan mendidik dan melatih.
Dia kemudiannya memulakan suapan, diikuti oleh ahli keluarga yang lain.
Ketua jangan hanya memikirkan dirinya sahaja, sebaliknya dia mengawasi orang lain yang makan bersamanya, lauk yang
jauh didekatkan, mungkin anak kecil perlu dicubitkan lauknya, makanan yang pedas diperingat jangan makan keterlaluan.
Sekalipun makan secara hidang (bukan dalam talam) tetapi faktor kepimpinan dan kepengikutan ini adalah ciri makan
berjemaah.

2. Niat supaya semua orang kenyang :
Satu ciri lain dalam jemaah ialah setiap anggota mestilah mendahului kepentingan orang lain. Jemaah dan pengorbanan
adalah saling berkaitan. Sekalipun makan secara bufet, tetapi yang mengambil makanan dahulu dengan perkiraan lauk itu
mesti dapat dinikmati juga oleh orang yang kemudian, maka itu adalah niat yang baik dan menepati ciri makan jamaah.

Makan dalam talam hanya memudahkan konsep pelaksanaan konsep makan berjemaah kerana faktor fizikal dan infrastruktur
yang lebih hampir antara satu sama lain, hakikatnya ciri makan berjemaah lebih melibatkan soal hati, sekiranya hati sudah ada iman, rasa ukhuwwah akan terhasil secara automatik.
Posted by Picasa

Sabtu, Mac 06, 2010

HIKMAH DISEBALIK HUKUMAN HUDUD KEPADA PENZINA

Buat penzina yang belum berkahwin.mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya,T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.

Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilanan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.Cara terbaik adalah dengan menyebat diantara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan meransang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.

Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin .apabila dihinggapi virus AIDS,sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru. Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.