SAHABAT :

Ahad, Februari 28, 2010

CABARAN ORANG BERAGAMA DI AKHIR ZAMAN

Posted by Picasa


Daripada Anas RA berkata : Rasulullah SAW bersabda ; "akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana mengenggam bara api".

Hadis riwayat Tirmizi.

Hari ini telah jelas berlaku di depan mata kita kebenaran hadis di atas, ia berlaku di sekitar kita, di negara kita, ulama' dicerca dan dihina, kepimpinan ulama' ditolak, ulama' pewaris nabi tidak dijadikan tauladan, tetapi golongan mujrimin seperti para artis dipuja dan diberi perhatian, setiap peristiwa yang berlaku kepada artis mendapat tempat di media, hatta kisah artis beranak dan bercerai pun disensasikan, berita kematian ulama' besar dan tok guru dipinggirkan, kisah keluhuran pribadi golongan ulama' tidak ditonjolkan.

Dibidang pekerjaan pula... kisah wanita bertudung tidak diambil bekerja adalah cerita biasa, golongan lelaki tiada ruang untuk solat jumaat akibat tidak diizinkan majikan juga bukan cerita luar biasa di Malaysia... itulah bara api bagi orang yang berpegang kepada agama....

Dalam muamalah kehidupan seharian pula... orang-orang yang ingin mengikut jalan syar'ie sangat kecewa, makanan "halalan toyyiba" bukannya pasti diperolehi walaupun membeli dengan wang titik peluh sendiri... walau di kedai bangsa sendiri...
isteri bersalin di hospital kerajaan.... siapa yang menyambut kelahiran anak kita wahai para suami yang beriman? Si doktor lelaki kononnya pakar sakit puan... si suami pasrah menyerahkan isterinya untuk diuruskan oleh tangan lelaki menyambut bayi permata hati...
dalam hati si suami menjerit...."mengapa kerajaan yang mentadbir negara ini tidak menyediakan doktor-doktor wanita , agar terselamat maruah muslimat kita.... sudah lebih 50 tahun kamu bangga mentadbir negara ini, doktor pakar wanita sakit puan penyambut kelahiran pun gagal kamu cukupkan..."

Itulah sebahagian bara api yang membelenggu orang yang ingin berpegang kepada agama, ingin mengikut jalan agama...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan