SAHABAT :

Isnin, Oktober 05, 2015

PAYA MENORA... DESAKU YANG PENUH KENANGAN

Paya Menora...kampungku yang telah kutinggalkan berpuluh tahun yang lalu, masih teringat kenangan silam pada tahun 1975 - 1980.. ketika itu aku masih bersekolah rendah darjah 1 - 6 di SK Tembak...setiap hari kami anak-anak kampung berjalan kaki sejauh lebih kurang 3km ke jalan besar untuk menunggu bas ke sekolah...teman-teman persekolahan kini semua telah tiada .., keluar berhijrah meninggalkan desa, mencari kehidupan yang lebih baik di tempat lain... Begitu juga aku, kini usiaku telah mencecah 47 tahun, juga ku tinggalkan desa yang penuh kenangan ini demi tuntutan kerjaya demi masa depan zuriat dan keluarga...

Kadang-kadang..sekali sekala..aku pulang berkunjung ke desa tercinta ini,.. kadang berkereta kerapnya bermotorsikal kerana jarak rumahku dengan desa ini tidak  seberapa likunya.., aku tinggal di bandar yang jaraknya lebih kurang 35km dari desa ini...alhamdulillah... tuntutan kerjaya dan mencari nafkah tidak melempar aku terlalu jauh dari desa penuh bermakna ini... cuma bila aku pulang ke desa ini.. tiada lagi orang yang aku kenali... generasi baru yang mewarisi desa ini adalah anak-anak temanku dulu sebahagiannya...walaupun ada juga seorang dua pendatang baru sebagai penghuni ....

Desa ini ... kini di tahun 2015 tidak banyak berubah berbanding tahun 1980-an sewaktu aku membesar bersama teman-teman bermain riang di dadanya yang indah..semulajadi dan belum disentuh pemodenan...tiada gajet canggih untuk kami .., kadang-kadang kami berkumpulan melastik burung di belukar desa dari pagi hingga rembang tiba... kadang-kadang kami menelusuri paya menyauk sempilai untuk dipelihara... ada kalanya riuh rendah kami bersorak menyaksikan sempilai kami berlaga... kini memori ini... terus kuingati walaupun ia makin ditelan usia...

Desaku ini... liku jalannya masih seperti dulu... rumah-rumah juga tidak banyak bertambah.., seakan-akan kurasakan hidup di desa ini ... pada hari ini sudah tidak meriah... seperti zamanku membesar dulu ... waktu petang kami anak-anak kampung akan memenuhi padang kecil pinggir paya.., bermain mesra hingga ke senja.., riuh rendah hingga terleka..

...Lamunanku terhenti di sini... kini tahun 2015 .. aku bermukim di Astana Park Home Sungai Petani... namun kadang-kadang memori indah itu menggamit kenangan...  memori ini akan terus abadi ...

Jumaat, Ogos 08, 2014

ISU MB SELANGOR : PAS tunda lagi mesyuarat

KUALA LUMPUR: Mesyuarat PAS Pusat bagi membincangkan kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang dijadualkan pada 13 Ogos ini sekali lagi ditunda kepada 17 Ogos.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pindaan itu terpaksa dibuat kerana ada dalam kalangan anggota yang tidak dapat hadir mesyuarat pada 13 Ogos.

"Oleh kerana mesyuarat ini penting, maka PAS mahu memastikan semua pihak dapat hadir, maka insya Allah, 17 Ogos ini semua boleh hadir," ujarnya ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Menurutnya, mesyuarat PAS Pusat bagi membincangkan isu berkenaan yang dijadual diadakan pada 10 Ogos ditunda kepada 13 Ogos.

"Semua pihak insya Allah boleh hadir mesyuarat pada 10 Ogos tetapi tarikh itu dilihat tidak cukup matang terhadap perkembangan yang berlaku, sebab itu kita tunda kepada 13 Ogos," jelasnya. - HARAKAHDAILY 8/8/2014

Sabtu, Mei 10, 2014

HUKUM MEMELIHARA HAIWAN TETAPI ABAI PENJAGAAN

 SOALAN :
Apakah hukumnya memelihara haiwan seperti kucing, arnab, ikan dan sebagainya, namun kurang penjagaan. Suami saya sering menegur saya. Katanya kalau saya tidak dapat menjaga dengan sempurna, lebih baik jangan perlihara binatang. Nanti katanya dapat dosa pula.

Mohon penjelasan Ustazah

JAWAPAN
Hukum memelihara haiwan seperti kucing, arnab, ikan dan sebagainya adalah harus. Walau bagaimanapun kita hendaklah bersifat ihsan terhadap haiwan-haiwan tersebut. Seperti memberi makan dan minum serta menjaga kebajikan nya. Ihsan terhadap binatang pula bermaksud berbuat baik terhadap binatang mengikut keperluannya.

Sekiranya kita mengabaikan hak-hak haiwan tadi kita adalah berdosa.

Hikmah daripada sifat ihsan kita mendapat ganjaran pahala daripada Allah, melahirkan rasa simpati kerana binatang juga adalah makhluk Allah SWT. Ia juga akan melahirkan individu yang penyayang kepada semua makhluk Allah SWT kesannya akan membentuk masyarakat yang mencintai kebaikan dan membenci keburukan serta dapat memelihara habitat binatang supaya tidak berlaku kerosakan.

Ustazah Dr. Asiah Ali (Harakah 5 mei 2014)

Jumaat, Mei 09, 2014

PRK Bukit Gelugor : PAS P. Pinang bantu jentera DAP

PULAU PINANG: PAS Pulau Pinang akan membantu jentera DAP dan Pakatan Rakyat secara menyeluruh pada Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor bermula hari penamaan calon pada 12 Mei sehingga hari pengundian 25 Mei ini.

Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri (JPN), Bukhori Ghazali (gambar) menegaskan, sebagai sebuah gabungan Pakatan Rakyat, PAS negeri membuka Bilik Gerakan Induk di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Sungai Glugor dan pelancaranya akan disempurnakan Timbalan Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, Mohamad Sabu pada 11 Mei, jam 9.00 malam.

"Semua jentera PAS kena hadir dan mula melaporkan diri selepas hari penamaan calon pada 12 Mei nanti," jelasnya.

Katanya, PAS mengambil kata sepakat menumpukan di kawasan majoriti Melayu meliputi Sungai Gelugor dan sekitarnya.

PRK Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya berhampiran Gua Tempurung, Ipoh pada 17 April lepas.
  
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 21 Mei manakala penamaan calon pada 12 Mei.
  
Pada PRU13 lalu, mendiang Karpal Singh yang mendapat 55,839 undi memenangi kerusi itu dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon BN Teh Beng Yeam, yang memungut 13,597 undi. - HARAKAHDAILY 9/5/2014

Rabu, Mac 05, 2014

PRK Kajang : Setia Kawan PAS tidak pernah luntur

KAJANG: Semangat setia kawan PAS di dalam Pakatan Rakyat tidak pernah luntur apatah lagi dalam situasi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang demi memastikan BN tumbang pada 23 Mac ini.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berjanji PAS akan memberi komitmen yang tinggi dalam PRK Kajang ini dan membuat apa sahaja untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat.

"Inilah rasa tanggungjawab, inilah semangat setia kawan yang mampu kita berikan sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat.

"Dalam keadaan senang dan susah PAS dan ahli-ahlinya bekerjasama memastikan perpaduan dalam Pakatan Rakyat dalam keadaan baik apatah lagi dalam menghadapi PRK Kajang," katanya ketika berucap pada program Pelancaran Jentera PAS PRK Kajang di Taman Jenaris malam tadi.

Katanya, walaupun ada suara yang cuba mengganggu persahabatan PAS dan perpaduan di dalam Pakatan Rakyat, parti yang satu-satunya berteraskan agama itu akan tetap bersama Pakatan Rakyat.

"Kita sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat seawal tiga minggu lalu kita telah menyiapkan jentera  bersama tuan rumah. Telah susun jentera kita dan kekuatan kita.

"Dan ingin bagi tahu rakan kita dalam Pakatan Rakyat kita bersama dan bangga memacakkan panji-panji kemenangan di Kajang.

"Akan pastikan memberikan sokongan yang sewajarnya dan apa pun akan berlaku pada hari-hari seterusnya kita menyatakan bahawa kita hadapi apa jua cabaran atas nama Pakatan Rakyat,"katanya.

Beliau yang berucap bagi menggantikan Presiden PAS, Datuk Seri Tun Guru Abdul Hadi Awang yang tidak dapat hadir kerana keuzuran turut memetik amanah Presiden buat keseluruhan jentera PAS "kita mahu menunjukkan PAS dan rakan dalam Pakatan Rakyat bersatu hati untuk tumpaskan BN dalam PRK ini".

Salahuddin bersama-sama calon PRK Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga barisan pimpinan PAS termasuk Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, AJK PAS Pusat Datuk Kamarudin Jaffar, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr Dzulkefly Ahmad, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli, Timbalan Ketua Muslimat PAS Dr Siti Mariah Mahmud serta pimpinan PAS Selangor turut membuat gimik pelancaran diikuti nyanyian lagu PAS beramai-ramai.

Selasa, Mac 04, 2014

POHON PERSINGGAHAN MAKHLUK HALUS

Tiga tahun lalu rumahku mengalami gangguan beberapa ketika.. antara gangguannya ialah rasa seram tak tentu pasal apabila masuk bilik air... terjaga di tengah malam kerana terdengar bunyi bising di ruang tamu... paling manakutkan ialah ketika sedang solat aku terasa seperti lembaga menyerupai hantu pocong berdiri di belakangku... tergesa-gesa aku habiskan solat isya' yang kutunaikan pada jam 12.00 tengah malam itu ...

Selepas peristiwa itu...aku rasakan perlu berbuat sesuatu sebelum anak dan isteriku turut mengalami gangguan yang serupa... lalu aku berjumpa dengan seorang ustaz yang berkemahiran dalam bidang ini....
Menurut ustaz yang memerhatikan rumahku melalui pandangan batin : rumahku sudah menjadi tempat persinggahan makhluk halus... dia singgah kerana ada benda yang menarik perhatiannya di perkarangan rumahku.. aku bertanya :"apa bendanya itu ustaz?? yang menarik perhatian mereka untuk singgah???" .
Jawab ustaz :"kamu ada tanam pokok krismas di perkarangan rumah??" ...  aku hanya menganggukkan kepala kerana memang ada sepohon krismas aku tanam sebagai pokok hiasan...ustaz menambah :"ada dua jenis pokok lagi yang menarik perhatian mereka ... pokok kelapa gading dan pokok buluh...biasanya ditanam sebagai pohon hiasan....

"Balik nanti nanti kamu buang pohon tu ... dan hiasi rumah kamu zikir dan bacaan al-Qur'an secara rutin... amalkan zikir selepas solat... insya Allah gangguan itu akan hilang" ... akhiri nasihat ustaz kepadaku...

Isnin, Mac 03, 2014

PAS : Dakwah, Tarbiah, Siasah .

PAS sebagai sebuah jamaah yang menjadi mata rantai perjuangan orang-orang terdahulu daripada kita. Kewujudan PAS bukan kerana tidak puas hati dengan jamaah Islam yang sedia ada. PAS ditubuhkan sebagai menyahut seruan Allah SWT  yang bermaksud " Hendaklah ada di kalangan kamu suatu puak ( jamaah) yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada melakukan kemungkaran. Dan merekalah orang yang berjaya".  (Al-Imran 3:104)

Dakwah, Tarbiah dan Siasah tiga serangkai yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Inilah keunikan PAS sejak daripada mula penubuhan lagi. PAS bergerak di atas tiga paksi ini, sehingga mampu menongkah arus dan badai perjuangan walau pun PAS tidak berpeluang memegang kerajaan di peringkat pusat. Usia PAS yang sudah lebih  62 tahun, tetapi sentiasa dinamik dan segar untuk menjadi harapan baru bagi menggantikan Umno yang sudah hilang ideologi perjuangan. Umno hanya mampu hidup kerana ada kuasa sahaja. Idealisma perjuangannya sudah tidak bermaya. Semangat nasionalis sudah berkubur. Slogan hidup Melayu hanya hidup di dua musim, ketika pilihanraya dan persidangan Agung Umno.

PAS tidak boleh lari daripada kerja dakwah. Setengah orang anggap PAS hanya parti politik, dakwah kerja orang lain. Ini satu penyelewingan dalam perjuangan. Dakwah dengan PAS seperti aur dengan tebing.

Sekiranya PAS hanya mementingkan politik sahaja, nescaya perjuangan PAS tidak boleh bertahan hingga  kini. Pengaruh perjuangan PAS akan terhad dan tidak berkembang.  Apakah modal untuk PAS gunakan sepanjang masa selepas musim pilihanraya. Umno dia boleh bertindak sebagai gerakan politik sahaja, kerana mereka ada kuasa. Cuba bayangkan jika Umno tidak ada kuasa adakah dia mampu untuk bermodalkan benda. Sudah pasti tidak boleh.

PAS berdakwah sepanjang masa untuk memastikan rakyat di negara ini faham isi perjuangannya dan fahama ajaran Islam yang syumul. PAS mengambil masa haampir 40 tahun menerangkan di dalam Islam ada politik. Satu ketika dahulu berapa ramai masyarakat termasuk yang berpendidikan agama yang berkeyakinan di dalam Islam tidak ada politik. Alhamdulillah keadaan sudah berubah. Ertinya jika tanpa dakwah yang dimainkan oleh golongan agamawan di dalam PAS, maka masyarakat akan jahil mengenai politik Islam.


Tarbiah ialah ramuan PAS untuk kelangsungan perjuangan. Tanpa tarbiah, PAS akan rebah. Dengan tarbiah PAS terarah. Tarbiahlah yang menggerakkan PAS selama ini. Tarbiah membina Iman dan keyakinan kepada setiap ahli. PAS tidak mampu untuk menggerakkan parti jika kekuatan ini tidak dibina. Bermodalkan motivasi Iman, balasan dosa dan pahala telah berjaya meletakkan PAS di atas landasan perjuangan yang betul.

Tarbiah menjadikan ahlinya bekerja tanpa mengharapkan ganjaran dan upah. Tarbiah membentuk ahli yang menolak tawaran kebendaan daripada pihak musuh. Mereka memandang ini satu benda yang jijik, kalau imbalannya kena meninggalkan perjuangan PAS. Tarbiah mampu menggerakkan ahli untuk  hadir ke perhimpunan raksasa seperti tiga Himpunan Bersih, Himpunan Menentang PPSMI, Himpunan Masuh ISA, Himpunan Menentang Penyenaraian Felda di Bursa Saham Malaysia. Tarbiah berjaya menggerakkan ahlinya untuk bekerja di dalam pilihanraya tanpa penat dan lelah. Tarbiah melahirkan ahli yang kental, disegani oleh kawan dan lawan.


PAS boleh terlibat di dalam politik pilihanraya atas lambangnya sendiri. Inilah satu keunikan PAS di negara ini. Ia berbeza dengan badan dakwah yang lain.  Kerana mereka tidak didaftarkan sebagai parti politik yang tidak boleh beraksi di medan pilihanraya dengan menggunakan lambang sendiri. Gerakan mereka terhad untuk dakwah dan tarbiah. Mereka boleh membina sekolah, kilang, perkampungan Islam tetapi tidak boleh untuk terlibat dalam pilihanraya bagi mendapatkan kuasa atas kapisiti jamaah mereka. Islam tidak boleh dihayati tanpa diberi kuasa. Ia hanya berlegar sekitar surau dan masjid. Islam menjadi tetamu, bukan tuan.

Islam menjadi dagang yang boleh dibuang bila-bila masa. Islam dihukum, bukan menghukum. Dengan adanya kuasa, jalur dakwah lebih terserlah. Ini dibuktikan apabila Kelantan yang diperintah selama 23 tahun telah menunjukkan lisanul hal kepada masyarakat, bahawa Islam mampu untuk mentadbir. Lebih jauh daripada itu orang bukan Islam mula tertarik dengan Islam dan perjuangan Pas apabila mereka melihat keadilan secara praktikal. Sebelumnya apabila pihak musuh mengatakan PAS parti yang kejam kepada orang bukan Islam. Maka telah dijawab dengan amalan, bagaimana orang bukan Islam mendapat hak mereka, walaupun mereka penduduk minoriti. Kesannya pengaruh PAS di luar Kelantan semakin membesar sejak PAS memerintah Kelantan.


Walau pun ada pandangan yang mengatakan PAS perlu menjadi parti politik semata-mata jika mahu PAS relevan dan setanding dengan parti lawan. Ini mungkin pandangan dari golongan pengkaji semata-mata. Atau pun mungkin golongan ini merupakan golongan yang tidak memahami sunnah perjuangan Islam yang ada kalah menang. Atau pun golongan ini baru di dalam perjuangan, tidak tahan dengan kekalahan sehingga nafasnya pendek.

Atau pun golongan ini hanya mahu cepat menang tanpa mengambil kira manhaj perjuangan Islam. Atau pun golongan ini cuba hendak menjadi PAS parti politik semata- mata. Atau pun golongan ini masih muda, terlalu cepat hendak mendapat hasil. Kepada golongan ini mari kita renung wasiat Al Shahid Syed Qutb kepada adiknya sebelum beliau ke tali gantung. "Wahai adikku engkau merasa dada kamu sesak jika engkau merasakan kamu yang memulakan perjuangan dan kamu yang mengakhiri perjuangan. Tetapi kamu akan merasa lapang jika kamu sedar bahawa bukan kamu yang memulakan dan mengakhiri perjuangan"

Ust. Idris Ahmad.